Saturday, 14 September 2013

usahawan


Setiap orang ada cita-cita tersendiri yang tidak sama.Namun dalam arus kehidupan yang memerlukan kos yang tinggi menyebabkab kita berusaha untuk menambahkan pendapatan.

Disebabkan kehidupan telah merubah kita untuk menjadi kepada yang lebih luar biasa dari biasa.

Kehidupan yang sumber kewanggan terhad menyebabkan kita tak tahu apa yang harus dibuat dan macam mana harus diatasi.

Semua perkara ada penyelesaian dan juga cara yang boleh diselesaikan. Tiada YANG MUSTAHIL dalam dunia ini lagi.

Selain dari ingin menambah pendapatan untuk keluar dari kesempitan hidup kadang-kala kita tidak tahu arah tujuan sebenarnya.Kadang kala kita menjadi mangsa kepada pelbagai jenis perniagaan.

Sebelum kita berniaga..kita kena kenali siapakah usahawan itu?
Definasinya terpulang pada diri sendiri untuk memberi maknanya.Jika tanya saya, pada saya usahawan adalah seorang yang
ingin berjaya dalam perniagaan dengan usaha sendiri dan berani mengharunggi segala risiko serta sanggup menyahut cabaran tanpa sebarang alasan.

Untuk berniaga memang kita kena pupuk semangat dan minat berniaga betapa seronoknya dunia perniagaan.Tidak kiralah apapun bisnes yang kita ceburi.Kecil atau besar yang penting minat mesti ada.Jika takda minat kenalah pupuk supaya akan muncul dalam diri kearah dunia perniagaan.

Bukan mudah untuk berniaga atau untuk memulakan perniagaan.Langkah pertamalah paling susah sekali untuk kita buat.
Jika keluar modal besar bimbang pula kerugian.Jika nak mulakan dulu dengan bisnes besar perlu pula modal yang besar sedangkan bajet pun tak cukup.

Oleh itu sebagai bakal usahawan kita mulakan perniagaan dengan mencari bisnes yang mudah,tak leceh sangat serta modal yang sangat rendah.


No comments:

Post a Comment