Friday, 13 September 2013

Minah penjual nasi lemak

Jam baru 3-pagi, emak dah mengejutkan aku untuk bangun.Mata masih mengantuk lagi maklumlah sedang syok dibuai mimpi. Nak sambung tidur lagi tapi nati mak bising. Nak atau tak nak mesti bangun juga.

Adik-adik masih tidur lagi rasa cemburu pun ada kerana bestnya mereka tidur tak perlu susah payah nak bangun.

Dari dalam bilik aku dah bau harum semerbak  bau daun pandan dari nasi lemak yang mak masak.Rasa lapar pun ada. Aku lupakan perut yang lapar terus pergi basuh muka dan tangan.

Mak minta aku mengelap daun-daun pisang untuk bungkus nasi lemak.Nasi lemak ini semua akan dihantar oleh abah ke kedai ah leng di simpang pekan. Biasanya setiap hari mesti habis nasi lemak kat kedai kopi ah leng.Semuanya mesti dibungkus siap dan dihantar jam 4.30pagi kerana pada waktu itu semua orang dah keluar minum dikedai kopi.

Sebahagian lagi Nasi lemak akan dibawa jual oleh along dikampung jiran.Dengan berbasikal along akan menjual nasi lemaknya setiap hari dari jam 5-00pagi.

Bukan along saja yang pergi menjual,aku pun kena sekali.Aku dengan siap beruniform sekolah akan menjaja disekeling kampung.

Pada mulanya memang aku malu maklumlah kena ketuk setiap pintu rumah orang pada waktu subuh.Nak jerit menyanyi suara tak sedap pulak,jadi pergilah setiap pintu rumah kerumah.Ada masa nasi lemak akan habis,ada masa pula tak habis.Jika hari hujan tak bolehlah aku menjaja.

Setiap hari aku mula menjaja jam 5-30 pagi dan selepas itu baru aku ke sekolah.
Biasanya akulah orang paling lambat datang sekolah dan waktu hampir dah mula nak beratur. Apa aku boleh buat kalau tak menjaja aku kena bising ,lepas tu nanti tak da pulak duit belanja.Upah yang aku dapat hanya rm0.30 sen.Jika aku makan sebungkus gaji ditolak jadi aku rela tak ambil nasi sebungkus pun. Biasanya mak akan masak lebih sikit dan aku sarapan dulu.

Didalam kelas aku lebih dikenali sebagai minah nasi lemak tapi apa aku kisah kerana aku hanya membantu keluarga lagipun bukan aku mencuri.

Waktu tu aku baru darjah 3 dan aku menjual nasi lemak sehingga aku darjah 6.Selepas aku naik tingkatan satu aku dah tak menjaja lagi.

Pengalaman itu telah lama berlalu dan tanpa aku sedari rupanya dari minah penjual nasi lemak telah mendidik aku kearah minatnya berniaga tanpa aku sedari.Terima kasih mak,abah dan along serta adik-adik yang telah memberi sokongan selama ini.

No comments:

Post a Comment