Friday, 13 September 2013

penjaja cendol

Aku mempunyai seorang abang yang memang gila cari duit.Siang malam hanya cerita duit saja.
Bukan itu saja malah sangat berkira kalu pasal duit nie. Abang aku nie memang rajin betul aku pun tabek kat dia. Seorang yang bersemangat dan tak kenal erti malu bila berniaga,

Aku panggil dia along sebab dia anak sulong lelaki. Along memang kaki berniaga.Sebut jer apa benda yang halal semua dia jual.Dengankawn-kawan pun dia bisnes tak kira sesiapa pun.

Along ada buka mini kedai kecik-kecik jer kat depan rumah.Ada jual jajan dan jugak cendol.Setiap hari memang ada orang datang beli. Mula-mula tu memang along rajin jaga tapi mungkin sebab kena dok tunggu dia rimas jadi dia suka menjaja jer kat kampung sebelah. Oleh kerana along dah keluar menjaja jadi kedai kios dia tu kenaler aku jadi penjaganya.

Bermula lah episod aku sebagai penjual jajan dan cendol pulak.Malu memang ada lagi maklumlah aku budak pompuan tentulah nak kena tegur orang pulak  tu, Oleh kerana upah yang ditawarkan sehari rm1.00 jadi aku terimalah kerja tu. Untuk budak usia aku 12 tahun ,duit nilai seringgit sangat besar padaku.

Almaklumlah dapat lah aku belanja kat sekolah.Kawan-kawan semua ada bawa duit belanja aku jer yang takada.Bukan apa abah memang tak mampu nak beri duit belanja kerana berapa sangatlah gaji abah sebagai petani kecil-kecilan.Aku pun faham dan tak kisah sangat. Oleh sebab itu aku gembira dengan gaji sebanyak seringgit sehari. Namun kadang-kala gaji pun kena tolak jugak kalau ada jajan yang kurang ker atau pun kalau aku minum cendol tu.

Jadi aku berazam sanggup tak makan cendol pun tak apa asalkandapat kumpul duit.Duit yang aku dapat setiap hari aku simpan 50sen kedalam tabung.


No comments:

Post a Comment