Tuesday, 10 September 2013

Buat blog punya pasal

Assalammualaikum untuk semua peminat blog.

Terlebih dahulu apa yang ingin saya katakan mengapa saya sangat-sangat ingin menulis diblog kerana hobi saya memang berangan.Berangan dan ingin berkongsi dengan semua orang apa yang saya angankan.

Sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk membuat sebuah laman blog yang unik dan ramai peminat.Namun kerana minat yang teramat sangat ingin membuat duit dilaman blog ini kerana orang kata di sini adalah tempat membuat duit jika kita tahu caranya.

Ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana merupakan satu cabaran bagi saya yang masih baru dalam blog dan juga bukanlah seorang yang mahir dalam IT. Namun apabila saya membaca hanya sebuah laman blog yang menarik saja akan menarik peminat untuk terus mengikutinya dan membaca apa yang disampaikan.
Isnin 09/08/13
Dengan itu,saya menyahut cabaran ini untuk diri sendiri untuk memulakan penerokaan untuk menjadikan blog saya yang menarik dan ada peminat.  Dengan langkah pertama yang masih samar-samar dan terkial-kial menaip dan mendaftarkan diri untuk ada sebuah laman blog. Entah berapa kali salah dengan asyik pasword terlupa saja. Pengajaran terlupa itu saya sediakan sebuah buku Nota untuk catatan .Akhirnya berjaya mendaftarkan diri di blog dan mempunyai email gmail.

Memang bukan mudah malah perlu ada ketekunan untuk membuat ini semua.Saya meneruskan langkah dengan mendaftarkan diri dengan NUFFNANG pula.Nasib baik ada bahasa Melayu jadi memudahkan saya memahami apa itu NUFFNANG.Perlahan-lahan saya mengikuti langkah yang diberikan oleh NUFFNANG untuk masukkan iklannya.Jadi inilah hasil yang sahabat semua lihat.Sila komen adakah boleh diterima iklan tersebut,almaklumlah baru belajar. Masih perlu tunjuk ajar.
 Selasa 10/08/13
Sehingga jam lewat pagi selepas anakku Qaleesya tidur aku baru menyambung kembali blog dan baru lah membuat catatannya.Lepas ini saya akan meneruskan lagi bagaimana ingin mempelajari pelbagai perkara baru untuk menjadikan ini blog sukaan ramai.Di harap semua sahabat yang terbaca blog ini terus memberi komen agar saya boleh memperbaiki lagi blog ini.Sekian terima kasih setakat ini.

No comments:

Post a Comment