Wednesday, 3 September 2014

MANJAKANI OH manjakani

MANJAKANI  1001 KHASIATNYA
rahsia wanita yang ramai tak tahu.

"MANJAKANI" SEMUA orang akan kata oh,untuk orang bersalin jer....
sebenarnaya MANJAKANI bukan sekadar untuk pulihkan luka selepas jahitan saja.LEBIH DAN LEBIH dari itu.
PADA zaman nenek moyang kita dulu mana ada ubat-ubatan macam sekarang ni.Sekarang zaman dah canggih dan bermacam-macam produk berasaskan manjakani di pasaran.
Ini adalah kerana ramai wanita tahu betapa MANJAKANI adalah penting dalam tubuh kita.
Biasanya selepas bersalin keluar dari hospital selepas  beberapa hari mak atau bidan akan bagi kita manjakani yang telah diasah untuk diletakkan ditempat jahitan.
Kini mengikut peredaran masa sudah disiapkan serbuk hanya dicampur air saja.
DAN SAPA kata manjakani untuk orang muda saja.
sebenarnya bila kita berusia kita lebih memerlukan tenaga dan juga kesihatan yang baik.
#bila berumur kulit-kulit cepat kendur semuanya
#badan keletihan
#sendi-sendi sakit
#cepat letih
DISINILAH pentingnya MANJAKANI  DIAMALKAN.
SELAIN ITU JUGA: MANJAKANI BERFUNGSI MEMBERSIHKAN SALUR-SALUR DARAH YANG TERSUMBAT MENYEBABKAN HORMON TIDAK TERATUR DAN KESUKARAN UNTUK HAMIL.
#MELAMBATKAN KEDUTAN KULIT,MENGANJALKAN KEMBALI
#MANJAKANI juga menjadikan miss v kita ketat dan sempit(gerenti tak cari lain)
#segala luka-luka akan menjadi bahan penyembuh.
#bagi anak dara boleh gunakan sebagai luaran untuk mencuci dan masker.
#bagi yang berkahwen akan menjadikan hubungan suami isteri lebih bermakna seperti malam pertama.
CARA GUNA: MAKAN SATU BIJI SATU HARI SAJA UNTUK 3HARI.
JIKA ADA PENYAKIT LAIN YG. BERAT BOLEH RUJUK DOKTOR ANDA DULU.
-ATAU boleh makan tetapi sekali 1 minggu saja.
-makan dengan air suam.jika boleh minum lebih air setiap hari.
#DILARANG MAKAN BAGI YANG SEDANG HAMIL DAN MENYUSU BAYI BAWAH 6 BULAN.#####

Monday, 23 June 2014

Bukan mudah untuk menulis

Salam sejahtera semua,
Sekian lama aku menghilang,dari blog bukannya apa ,sebenarnya buntu memikirkan apa yang haarus aku tuliskan.
 Oh,tidak mudah rasanya untuk menulis sesuatu,lebih-lebih lagi untuk menarik minat orang membacanya.
Namun kerana aku nie memang suka menulis jadi aku tulis untuk diri aku sendiri saja.

Sekarang aku masih seorang peniaga kecil lagi yang sedang merangkak-rangkak untuk belajar bertatih.
Seperti mana sukarnya untuk mendapat idea menulis,aku rasa menjadi seorang usahawan lebih mudah walau sebenarnya sukar.
 Untuk menjadi pemberi nasihat bisnes belum layak lagi pun,malah kena banyak belajar lagi.
Setiap saat mencuba pelbagai cara untuk meningkatkan bisnes.APA yang paling penting ialah hanya perlu buat orang tahu "KEDAI CERMIN MATAKU INI UJUD DI SG.UDANG"

Thursday, 3 October 2013

biarlah angin sampaikan rindu


WAHAI hati pada siapa kau rindu
katakan biar kutahu
akan ku biarkan angin sampaikannya
rinduku ini padanya

wahai hati bolehkah menahan rasa rindu
pada dia yang jauh dimana
pada dia yang tak kenal erti cinta

wahai hati luahkan rindumu
biar segala terasa bebas
bebas rasa rindu yang terpendam
rindu yang menyeksakan jiwa

wahai hati katakanlah rindumu
untuk siapa dihati mu
biar kutahu
rindumu untuk siapa

Saturday, 21 September 2013

Mata dan kanta


MATA adalah anugerah yang paling bernilai yang tiada tukar gantinya.
Oleh itu,dengan anugerah mata yang cantik,boleh melihat ciptaan NYA yang indah ini adalah penting kita menjaganya.

Seandainya tanpa mata hilanglah nikmat kehidupan yang ada.Pernahkah cuba kita menutup mata dan melangkah berjalan bagaimanakah gerak langkah kita,mesti teragak-agak.

Ramai diantara kita kadang-kala terlepas pandang betapa perlu dan pentingnya kita ambil berat akan mata kita.

Adakah anda tahu bahawa mata anda sihat ataupun mata anda amat memerlukan bantuan penglihatan agar lebih jelas pandangan kita melihat dunia yang indah ini.

Kemungkinan disebabkan harga cermin mata yang agak mahal kita mengabaikan Bantuan untuk mata.
Dengan ini saya nyakin sekiranya saya menawarkan harga yang amat berpatutan untuk mata anda mendapat bantuan penglihatan
pasti anda tidak akan melepaskan peluang ini.

Disini saya hanya ingin berkongsi maklumat bahawa cerminmata yang sesuai untuk anda gunakan adalah kanta multicoated iaitu cermin yang tiada bayang.Anda boleh lihat perbezaan antara kanta bayang dan tiada bayang.

Kemungkinan kanta multicoated harganya memang mahal sedikit berbanding kanta bayang tetapi jika dikira dengan faedahnya dan kebaikkan nya tidak terkira.

Friday, 20 September 2013

cermin mata murah dan berkualiti



Q.care spec ada menawarkan pakej cermin mata yang murah,bergaya dan berkualiti.

Tujuan Q.care spec adalh untuk membantu semua sahabat dan saudara mara dan rakan-rakan agar mampu membeli cermin mata baru untuk insAN YANG DISAYANG.

Kanta cermin mata ada dua kategori :1)kaca

2) plastik


Untuk zaman terkini adalah digalakkan memakai kanta yang diperbuat plastik ini untuk aspek keselamatan.
Selain dari itu kanta plastik ringan dan juga selesa untuk dipakai.

Biasanya harga bingkai bergantung pada jenis bingkai dan jenama juga.Begitu jua dengan kantanya.
Harga kanta akan bergantung kepada power (D) RENDAH ATAU TINGGI,SAMAADA - ATAU+ .

Termasuk juga dikirA DENGAN jenis kanta tersebut yang mempunyai nama yang berbeza mengikut keperluan.




Saturday, 14 September 2013

Blog tempat mengadu idea-idea yang logik atau tidak.


Buat pertama kali baru nak belajar menulis di bog nie,aduhai kesian masih terkial-kial macamana nak buat backgroundler
nak cerita apa ler,nak cerita politik xpandai pulak.

Oleh kerana masih baru lagi jadi berserabutlah blog nie macam22 merapu. Akhirnya aku buat keputusan kat blog nie tulis saja apa yang ada diminda. Tak payahlah nak fikir logik ke tak logik . Asalkan tak sensitif pihak22 tertentu.

Seandainya ada tersentuh hati sesiapa maafkanlah saya kerana bukan sengaja.Apa yang ditulis tiada kena mengena sesiapa yang hidup atau sudah tiada.Hanya rekaan semata-mata tujuan hanya sekadar tatapan kisah yang baik dijadikan panduan,yang keroh tu buangkan sajalah.

usahawan


Setiap orang ada cita-cita tersendiri yang tidak sama.Namun dalam arus kehidupan yang memerlukan kos yang tinggi menyebabkab kita berusaha untuk menambahkan pendapatan.

Disebabkan kehidupan telah merubah kita untuk menjadi kepada yang lebih luar biasa dari biasa.

Kehidupan yang sumber kewanggan terhad menyebabkan kita tak tahu apa yang harus dibuat dan macam mana harus diatasi.

Semua perkara ada penyelesaian dan juga cara yang boleh diselesaikan. Tiada YANG MUSTAHIL dalam dunia ini lagi.

Selain dari ingin menambah pendapatan untuk keluar dari kesempitan hidup kadang-kala kita tidak tahu arah tujuan sebenarnya.Kadang kala kita menjadi mangsa kepada pelbagai jenis perniagaan.

Sebelum kita berniaga..kita kena kenali siapakah usahawan itu?
Definasinya terpulang pada diri sendiri untuk memberi maknanya.Jika tanya saya, pada saya usahawan adalah seorang yang
ingin berjaya dalam perniagaan dengan usaha sendiri dan berani mengharunggi segala risiko serta sanggup menyahut cabaran tanpa sebarang alasan.

Untuk berniaga memang kita kena pupuk semangat dan minat berniaga betapa seronoknya dunia perniagaan.Tidak kiralah apapun bisnes yang kita ceburi.Kecil atau besar yang penting minat mesti ada.Jika takda minat kenalah pupuk supaya akan muncul dalam diri kearah dunia perniagaan.

Bukan mudah untuk berniaga atau untuk memulakan perniagaan.Langkah pertamalah paling susah sekali untuk kita buat.
Jika keluar modal besar bimbang pula kerugian.Jika nak mulakan dulu dengan bisnes besar perlu pula modal yang besar sedangkan bajet pun tak cukup.

Oleh itu sebagai bakal usahawan kita mulakan perniagaan dengan mencari bisnes yang mudah,tak leceh sangat serta modal yang sangat rendah.